Powered By google

15 December 2010

Panduan Solat Jama' Dan Qasar

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
1.0 Solat Qasar
1.1 Takrifan
      Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’
      kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh  diqasarkan.
1.2 Hukum Qasar
      Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
      i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
      “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan)     
        solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…” 
     ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
      ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan
        solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada
        Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah       kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya” 
     (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud) 
1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
      Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin  mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh
      terdiri  daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua  marhalah adalah bersamaan 89   
      kilometer.
1.4  Syarat Solat Qasar
      i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
      ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
      iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
      iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam  (sempurna).
      v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat  empat rakaat.
1.5  Contoh Niat
                       أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

2.0 Solat Jama'
2.1   Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
      i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar  dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan
         solat Isya’ dalam  waktu Maghrib.
     ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat
        Isya’ dalam   waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’
2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
      i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat  Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib
        daripada solat Isya'.
      ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam
         takbiratul ihram.
      iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
      iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
      v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat
         yang  kedua (Asar atau Isya’).
    2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
          i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu  Zuhur atau Maghrib.
          ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi  salam solat yang kedua.  
    2.3 Contoh Niat
    2.3.1 Jama’ Taqdim
    i.       Jama’ Taqdim Empat Rakaat
     أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
          (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan  kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
                 ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
    أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
          (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
    2.3.2  Jama’ Ta’khir
    i.        Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
     أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
          (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan  kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
    ii.         Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
    أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
          (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

      No comments: